kema









--------------------------------------
Nahdatul Akma Ahmad
Teluk Intan, Perak
Hampir 25 Tahun
cik_akma@yahoo.com



--------------------------------------

--------------------------------------


--------------------------------------


Monday, September 19, 2005
Hari ni kat Kampus Shah Alam

yahoo!! best betul hari ni sebab takde klas dan duduk surfing je kat Bilik Senat ni. Sepatutnya hari ni adaBrainStorming untuk kursus Diploma baru kat UNISEL ni. Aku tetiba tercampak masuk dalam team Multimedia. Syok gak dapat colleagues yang sempoi2 ni. Pompuan lak tu semuanya. Senang nak menyembang-nyembang. janji cukup time kerja pun siap.

Erm, macam tak caye je...semalam aku drive sengsorang dari Kampung --> umah Berjuntai. Pastu hari ni aku drive ke Shah Alam plak. Si kuzi jadi guider aku, maklumlah aku ni memang lemah tahap gaban bab-bab ngingat jalan ni. Lalu lah bape kali pun kompom aku tak hingat punye. Sampaikan ada satu cite lawak hari tu, Sha ngan Abg Mamak anto aku balik ke TI. Masa tu kami pi kenduri kawen kuzi kat MUar. Kuwar ke tol Bidor tu, traffic light pertama tu tahan lagi. Bila sampai ke traffic light kedua dan ketiga tiba-tiba aku dengan condifentnye cakap kat Abg Mamak "Ok, ka simpang depan tu terus je key, jangan belok2". Alih-alih bila dah terus kami tak nampak satu habuk pun sign board KE TELUK INTAN. Semuanya tulih IPOH. Ah sudah, kang ada plak yang kena bermalam kat Penang ikut Sha and Mamak ni. hehe...Last2 aku call abah and mintak direction yang betul. Rupe-rupenye kompom dah silap masuk lorong daa...aci amma! yennadey. Sebakul aku kena kutuk ngan Sha and Yus. Malu tahap gaban dah time tu. Nasib la kema.

Erm, nampaknye Pn Farah Vogue ni dah siap print dokumen2 tu. Aku nak pi check jap. Nantilah updet blog lagi yer...


mood aku ari ni: sonok + sedey


   + 

Posted at 04:34 pm by me
Comment (1)  

Wednesday, September 07, 2005
Minggu BerKursus..uh la la!

Minggu ni baru la aku bertemu buku dengan ruas (jumpe internet). aS I mentioned before, kat UNISEL BB masih belum ada internet. So, dah berapa bulan aku merana tak jumpa sang internet ni. La ni aku berkursus kat The Boulevard, MidValley. Kursus 5-9 Sept ni is about Java Programming, pas habis attend 3 moduls ni aku kena pi amik exam dia untuk dapatkan cert dlm bidangn ni. NI baru modul 1 aku dah pening-pening kepala. Bukak balik sirah lembaran kitab java yang aku belajar masa tahun 3 di UTM dedulu. Adeh...banyak nye benda yang aku dah luper.

Tido umah makcik aku di PJ. Sabtu ni nak pergi kenduri kawin Ujie kat Batu Pahat lak. Dengan beg merah hitam aku yang besar tu. Alahai omak...Hadiah ujie pun tak beli lagi ni. Nak beli ape yer??


Sebenarnye seronok bila dapat gi kursus ni. Lupa sekejap beban kerja di unisel. beban nak buat kuiz, soaklan final, tanda kuiz, soklan lab, soklan tu, soklan ni...arghhh, macam-macam jenis soklan lagi la. Tapi sakit hati rasanyer bile time tgh honeymoon berkursus ni ade gak student yang tak paham-paham nak baca notis yang di tampal depan bilik. Walaupun aku dah habaq:


"  I have to attend a course on JAVA Programming from 5-9 Sept 2005. So, there will be no classes within that period. Your replacement classes will be informed to you later.


NAHDATUL AKMA AHMAD     "


tapi ade gak yang duk call-call dan hantar sms tanye pasal kelas. Tu yang rasa tercabar gak ke'lecturer'an aku ni. Sabo bebanyak jelah kan.




Posted at 02:07 pm by me
Comments (2)  

Wednesday, July 27, 2005
Edisi UNISEL dilanggar Garuda

Hari ni di UNISEL macam negeri dilanda garuda. Senyap sepi. Masa berjalan ke surau tadi yang ada hanya budak-budak persediaan ke Jepun. Nampak nerd-nerd je memasing, maklumla bebudak intelligent ni lain sket pembawaannya berbanding student yang biasa-biasa ni. So, sepetang ni duduk kat lab jelah menelaah internet. keskeskes!

Esok aku dan AJK Karnival UNISEL yang lain kena ke Berjuntai Bestari Campus sempena Carnival's Launching. Malam tu plak ada Majlis Bacaan Yaasin kat Masjid BB. So, mungkin besok malam aku terpaksa tidur kat rumah baru aku di Kampus Baru UNISEL. Malas betul. Dengar citenyer kat sana takde internet connection lagi, baru nak setup. Maybe makan masa 3 bulan baru ada line. Mati kutu la kat sana. Nak tengok fotopages takleh, nak updet blog pun takleh...baca email apatah lagi. adeh! Tak baik mengeluh kan.

Dalam hati ni membuak-buak rasa nak balik kampung (Teluk Intan). Nak call family selalu pun kredit ciput. Homesick ke aku ni. Ishhh, ari tu bukan main lagi aku gelakkan si Ima, tapi sekarang aku plak jadi macam ima. hehe...apa dah jadi ni kema?

Hari Jumaat petang dan Sabtu pagi ni aku on duty jaga booth karnival. Entah apa aku nak temberang pasal UNISEL aku pun tak tahu. Masa tu mesti ramai student yang baru register...aku tak study lagi tentang entry requirement untuk course-course di UNISEL nih.

Oh ya, ada satu benda yang aku nak cerita dalam blog ni. Hari Jumaat lepas aku pegi Shopping kat IKEA dengan budak-budak rumah. Dah setel pilih-pilih barang tu aku pun beratur kat kaunter pembayaran tu. Aku pandang lane seblah kanan, ish, ternampak sorang sister ni cam familiar sangat muka. Aku pun senyum, then dia senyum balik. Selamba je aku senyum padahal tak kenal pun minah tu. Aku nekad nak tegur gak sis tu. Pas aku nengok dia dah setel bayar barang aku pegi ke arah dia. Aku tegur dia and tanya kat mana dia blajar dulu. UTM!! Hah, confirm dia ialah senior aku masa kat UTM dulu amik Degree Gas Eng. Aku tanya pasal Kak Baiti....lama benar aku lost contact ngan kakak kesayangan aku tu. Sib baik dia ada contact number Kak Baiti. Rupanya Kak Baiti dah kawin ngan orang Pahang. Sedey tak terkira aku tak dpt tengok dia kawin. Alhamdulillah...dia dah jadi cikgu kat Klang skekarang. Kalau ada masa aku nak cari gak dia.

Posted at 03:18 pm by me
Comments (3)  

Previous Page Next Page

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



--------------------------------------
Fren'Z Blogs

:: Me ::
:: Heldamelissa ::
::E-Chees ::
:: Adah ::
:: ND ::
:: TipahVogue ::
:: JediMelayu ::
:: Dalina ::
:: Haiza ::
:: Jilal75 ::
:: nd ::
:: sekutMeri ::
:: studentconer ::
:: Teru ::
:: Nashrex ::
:: Kay-Rex ::
:: Chiqot ::
:: Anni ::
--------------------------------------

--------------------------------------
Fren'Z Photos

:: Me ::
:: Heldamelissa ::
:: Kuzi ::
:: Effa ::
:: Nora ::
:: Nurul ::
:: Watie ::
:: Shakirah ::
--------------------------------------

--------------------------------------
My Forum'Z

:: Gemburian ::
--------------------------------------

--------------------------------------
Renungan

--------------------------------------

--------------------------------------
Menghitung Jari


Sebelum tiba 'NOV 2005'
--------------------------------------


Hantar Poskad!





Bilangan Pengunjung


rss feed